“Ada lebih layak ganti tempatnya”

SUNGAI PETANI– Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) mempersoal kewibaan Tan Sri Annuar Musa yang dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus (kiri gambar) berkata, menteri itu pernah direhatkan daripada tugas ketika bekerja di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA)

“Beliau pernah direhatkan daripada tugasnya iaitu Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada 2017.

“Mengapa ia direhatkan? Saya berpandangan ada individu lebih layak menjawat jawatan Menteri Wilayah Persekutuan berbanding Annuar,”katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Mustafa turut mempersoal apakah semua menteri Kabinet di bawah Muhyiddin benar-benar ditapis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

“Apa kah semuanya layak bersih dan melepasi tapisan? Saya harap pihak berautoriti dapat memberikan jawapan kepada umum supaya barisan Kabinet ini tidak dipertikaikan,”katanya.

Beliau dalam pada itu bersetuju dengan pandangan Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali bahawa Kabinet PN yang mempunyai seramai 70 ahli Jemaah Menteri termasuk timbalannya sebagai membazir.

“Bila sebut begini bukan beerti saya tidak menyokong kerajaan PN. Ini hanyalah kritikan demi kebaikan bersama,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.