Bukan bererti MIC sokong LTTE- Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR-Ketua Pemuda UMNO mempertahan tindakan MIC memberi khidmat guaman percuma kepada lima tahanan disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Ealam (LTTE).

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan itu tidak bererti MIC menyokong kumpulan LTTE sebagai mana DAP.

Beliau berpandangan, MIC sebagai parti yang mewakili kaum India dan telah sekian lama memperjuangkan kebajikan orang India sejak sebelum merdeka lagi.

“( MIC) mengambil keputusan yang bijaksana dan wajar untuk membantu keluarga India yang datang merayu untuk dibantu.

“Ini tidak bermakna MIC mendokong perjuangan LTTE sebagaimana pemimpin-pemimpin DAP,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan Asyraf berhubung isu MIC mahu memberi khidmat guaman kepada lima individu disyaki terlibat LTTE

Asyraf berkata, beliau sendiri telah mendapatkan jawapan daripada parti itu.

“Saya telah berhubung dengan sahabat saya Ketua Pemuda MIC Saudara Thinalan T Rajagopalu berkenaan dengan berita yang tular mengenai kesediaan MIC memberi bantuan guaman percuma kepada lima tahanan kes LTTE.

“Menurut Saudara Thinalan, pihak keluarga tahanan-tahanan terbabit datang merintih dan merayu agar MIC dapat membantu mereka yang susah dan menyatakan bahawa anggota keluarga mereka yang ditahan itu tidak sama sekali menyokong pihak Pengganas LTTE,”katanya

Beliau berkata, atas dasar kemanusian,
MIC telah menyatakan kesediaan membantu semua tahanan terbabit.

“Mereka berpegang kepada prinsip undang-undang bahawa selagi mahkamah tidak menghukum dan mensabitkan kesalahan, mereka tidak harus dilabelkan sebagai pesalah,”katanya.

Tegas pemimpin utama UMNO itu, jika perkara sama berlaku kepada keluarga Melayu dan Islam dan memohon pertolongan, mereka juga akan dibantu.

“Pemuda UMNO akan turut mengambil tanggungjawab yang sama atas dasar Kemanusiaan dan prinsip Islam ‘Al Aslu Bara’atu Zimmah’.

“Iaitu ‘Seseorang kekal tidak bersalah selagi mahkamah tidak mensabitkan dan menghukumnya bersalah,”katanya.

Artikel berkaitan (tekan link di bawah)

http://rentas7.com/isu-ltte-pas-dan-umno-2-x-5/

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.