Malaysia benam Australia 3-0

BANGKOK– Malaysia kekal rekod tanpa kalah dalam Piala AFF B-15 apabila menundukkan Australia 3-0 di Stadium Institut Pendidikan Fizikal, Chonbori, sebentar tadi.

Kemenangan kali ketiga berturut-turut membolehkan skuad negara mengumpul 9 mata maksimum berbaki dua perlawanan menentang Loas dan tuan rumah Thailand.

Lebih membanggakan, Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B mengekalkan rekod tanpa sebarang bolos setakat ini.

Skuad pelapis negara kini mengumpulkan 13 jaringan hasil kemenangan 8-0 ke atas Brunei, menewaskan Kemboja 2-0 dan terbaru menewaskan Australia 3-0.

Dua pasukan teratas bakal layak ke separuh akhir.

Australia yang tampil kali pertama dalam saingan AFF-B15 mengumpul 6 mata hasil kemenangan 3-1 ke atas Kemboja dan tewaskan Loas 3-0.

Rentas7.com/ Photo: FAM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.