“Terima kasih PAS”- Muhyiddin Yassin

Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR-Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan terima kasih kepada PAS di atas kesudian parti itu menerima Bersatu dalam Maufakat Nasional (MN).

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyokong penyertaan Bersatu.

“Saya juga amat berterima kasih kepada pimpinan PAS yang menyambut baik penyertaan BERSATU dalam Muafakat Nasional.

“Saya amat menghargai sokongan dan dokongan yang diberikan oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Ahli-Ahli Parlimen PAS kepada kerajaan Perikatan Nasional,”katanya malam ini.

Terdahulu, Muhyiddin menghadiri sesi ramah mesra bersama Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan Senator PAS di Parlimen.

Muhyiddin pada 15 Ogos menyatakan persetujuan menyertai MN yang diasaskan PAS dan UMNO pada 14 September tahun lalu.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.