Gotong royong bersihkan kubur suburkan penyatuan

Penduduk kampung bergotong royong membersihkan kawasan perkuburan seluas 0.4 hektar

Laporan : Ilyas Salleh

KUALA KETIL– Aktiviti gotong royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kariah Tembak menyatukan penduduk kampung daripada pelbagai peringkat umur, siang tadi.

Mereka terdiri dari penduduk Kampung Tembak, Kampung Banggol Serdang, Kampung Tembak B, Kampung Padang Besar dan Kampung Paya Menora.

Para pemuda turut menyumbangkan keringat mereka

Aktiviti membersihkan kawasan seluas 0.4 hektar itu bermula jam 8 pagi dan tamat pada jam 12 tengah hari.

Turut hadir dalam program berkenaan adalah Pengerusi Imam Masjid Kariah Tembak A, Ustaz Abu Bakar Che Doi, Setiausaha Masjid Kariah Tembak A, Khalid Che Soh dan Bendahari Masjid Kariah Tembak A, Rosli Lembut .

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.