23 mahasiswa Aceh terkandas di China

JAKARTA– Seramai 23 mahasiswa dari Aceh dilaporkan masih terkandas di China.

Memetik Liputan6, daripada jumlah itu seramai 13 orang mahasiswa berada di Wuhan, selebihnya berada di Changcun, Jiangsu, Tianjin, Manning, Beijing dan beberapa daerah lain.

Pihak berkuasa Aceh turut mengesahkan baki 41 mahasiswa yang berada di negara itu telah berjaya kembali ke tanah air melalui alternatif sendiri.

Kepala Badan Penghubung Pemerintah Aceh (BPPA) Jakarta, Almuniza Kamal berkata, data keseluruhan jumlah mahasiswa Aceh yang berada di China telah diserahkan kepada Kementerian Luar Negeri (RI) Indonesia.

Menurutnya, semua baki pelajar yang masih berada di China diharap dapat dibawa pulang dengan segera.

Katanya, mereka yang masih terperangkap di Wuhan kerana daerah itu berada dalam kawalan pihak berautoriti.

Rentas7.com/ Foto Liputan6.

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.