Sumbangan al-Quran untuk pondok Patani dari Malaysia
Posted byrentas7
September 6, 2019
September 6, 2019
Wakil Pondok Nurul Quran menerima sumbangan al-Quran daripada Perkeba
PATANI- Pertubuhan Kebajikan Penduduk daerah Baling (Perkeba) dari Kedah Malaysia menyampaikan sumbangan sejumlah al-Quran kepada pondok Nurul Quran, Patani selatan Thailand, di sini, baru-baru ini.
Setiausahanya, Mohd Nazry Bidin berkata, Perkeba terpanggil membantu kerana pondok berkenaan memerlukan al-Quran bagi kegunaan pelajar dan guru.
Menurutnya, sumbangan kali pertama di luar negara itu antara usaha Perkeba membantu melahirkan golongan celik agama dan huffaz .
“Sebelum ini sumbangan al-Quran kita lakukan di negeri Kedah sahaja terutamanya di daerah Baling.
“Di daerah ini lebih kurang 18 tempat telah menerima sumbangan daripada pihak kami tidak termasuk surau-surau sekolah seluruh Kedah yang memohon,”katanya.
Wakil Pondok Nurul Quran menerima sumbangan al-Quran daripada Perkeba
Menurutnya, Perkeba akan membantu lebih banyak pusat tahfiz dalam dan luar negara mengikut kemampuan yang ada.
“Kita berharap mana-mana individu beragama Islam atau korporat dapat bersama-sama membantu kita pada program akan datang melalui sumbangan al-Quran dan rehal,”katanya.
Leave a Reply