Sukar diterima, Malaysia kalah lagi dengan Laos

Pemain Laos lebih bagus beraksi berbanding pasukan negara yang menyaksikan Skuad dihantar FAM menjadi 'lauk'

KUALA LUMPUR-Bagaikan satu penghinaan besar buat negara setelah skuad Malaysia Bawah 23 tahun (B-23) tewas sekali kepada Laos dalam aksi Kumpulan B Kejuaraan AFF B-23 di Kemboja malam ini.

Sama ada skuad utama atau simpanan sekalipun dihantar FAM bagi kejohanan kali ini, tewas 2-0 pada aksi timbal balik yang berlangsung di Stadium National Morodok Techo sukar diterima penyokong bola sepak Malaysia.

Kekecewaan mereka dapat disaksikan di ruangan komen Facebook FAM sebaik Malaysia gagal layak ke separuh akhir.

Laos meranapkan impian anak buah Brad Maloney untuk bangkit menerusi dua gol pada setiap babak iaitu oleh Bounpachan Bounkong minit ke-43 dan Soukhsakhone Bouaphaivanh minit ke-86.

Kejohanan yang diadakan di luar kalender FIFA itu menyaksikan Timor Leste B-23 dari Kumpulan A muncul pasukan pertama ke separuh akhir setelah menewaskan tuan rumah Kemboja 1-0 pada malam tadi.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.