Jurulatih Korea Selatan bimbing skuad Malaysia

Kim Pan Gon

KUALA LUMPUR-Skuad kebangsaan bakal dilatih jurulatih dari Korea Selatan selepas Kim Pan Gon,52, diumumkan sebagai ketua jurulatih oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hari ini.

Bekas jurulatih Hong Kong (2009-2010) (2012-2017) ketika ini menyandang Pengarah Pasukan Kebangsaan Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) sejak 2018.

Menurut FAM, jurulatih baru itu akan melaporkan diri pada awal Februari 2022 bersama seorang jurulatih penjaga gol, seorang jurulatih kecergasan dan seorang juruanalisis.

Tan Cheng Hoe melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan pada 3 Januari selepas prestasi hambar pasukan Malaysia dalam kempen Piala AFF Suzuki 2020.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.