Kereta tentera Thai dibom

Kereta dinaiki tentera Thai ini dibom ketika melalui jalan tersebut

NARATHIWAT – Empat tentera Thai cedera selepas kenderaan dinaiki mereka menjadi sasaran serangan bom.

Kejadian berlaku di jalan raya Kakdi Tempat 1 Mukim Cenkiri Daerah Sisakon di sini semalam.

Memetik sumber tempatan, mangsa dikenali Supat Manichai, 35, Nat Kon’eng, 35, Kamon Achaipran, 29, dan Senut Senkau , 36.

Susulan kejadian itu, tentera telah meningkatkan operasi termasuk menutup lalu lintas di beberapa jalan raya.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.