Malaysia tunduk, Kemboja ke separuh akhir

KUALA LUMPUR– Malaysia B-22 gagal ke separuh akhir Sukan SEA apabila tewas 3-1 kepada Kemboja 3-1 di Stadium Memorial Rizal Filipina, petang ini.

Keputusan itu menyaksikan anak buah Datuk Ong Kim Swee sekadar menduduki tempat keempat Kumpulan A mengatasi Timor Leste yang berada kedudukan tercorot.

Kemboja yang mengumpul 7 mata mengiringi Myanmar selaku naib juara kumpulan.

Kedua-dua pasukan saling mengasak di separuh masa pertama, namun kubu Malaysia hampir beberapa kali dibolosi melalui serangan pantas lawan.

Tiga gol Kemboja pada minit 56, 58, dan 68 meranapkan impian Malaysia untuk melangkah jauh bagi edisi kali ini.

Gol Kemboja dijaringkan In Sodavid, Sieng Chanthea dan Keo Sokpheng manakala gol sagu hati skuad negara diperolehi melalui pemain gantian, Quentin Cheng pada minit ke-90.

Dalam satu lagi aksi, Filipina yang berjaya mengatasi Timor Leste 6-1 gagal meneruskan kemaraan kerana mempunyai jumlah bolos melebihi Kemboja.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.