Berebut kuasa, negara boleh hancur

Datuk Mustaffa Idrus

KUALA LUMPUR- Negara akan hancur jika ahli politik terus berebut kuasa.

Pengerusi Perhubungan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Malaysia Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, perkembangan terkini politik selepas PRU-14 menunjukkan negara berada dalam keadaan tidak stabil angkara pemain politik.

“Saya lihat negara ini berada di tahap membimbangkan. Setiap hari politik kita semakin tidak stabil akibat perubatan kuasa.

“Negara akan hancur jika amalan berebut kuasa ini tidak dihentikan segera. Rakyat akan menjadi mangsa lebih teruk, tetapi rakyat telah pun menjadi mangsa,”katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, apa yang berlaku hari ini berpunca daripada semangat mempertahankan pemimpin yang salah guna kuasa oleh pengikut-pengikut tegar khususnya sebelum PRU-14.

“Semangat seperti itu akhirnya membawa kepada perpecahan terhadap UMNO-BN.

“Jika amalan itu dikikis awal dari UMNO-BN, dan boleh bekerjasama dengan parti-parti Melayu lain, perpecahan seperti hari ini mungkin tidak berlaku,”katanya.

Mustaffa berkata, pergolakan politik pada hari ini sukar dipulihkan walaupun melalui PRU.

“Walaupun diadakan PRU sekarang bukan jaminan perpecahan dan perebutan tidak berulang.

“Semua ini akan selesai sekiranya semua pemimpin politik Melayu yang ‘kaki’ rasuah dipenjarakan,”katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.