KUBANG PASU-Hanya tiga jemaah dibenarkan solat di masjid manakala surau tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara Pentadbiran (TEMCO) dalam kawasan Megat Dewa di sini.
Penduduk yang enggan nama disiarkan,68, berkata, pihak berkuasa hanya membenarkan kehadiran ahli jawatankuasa masjid.
“Solat jemaah masih dapat dilakukan seperti biasa namun hanya tiga ahli jawatankuasa masjid yang dibenarkan hadir.
“Surau pula tidak dibenarkan beroperasi buat sementara dalam tempoh ini,”katanya ketika dihubungi Rentas7.com hari ini.
Tambahhnya, beberapa laluan pintas di kawasan Megat Dewa turut ditutup mulai siang tadi.
Lelaki tersebut berkata, kedai runcit di kawasannya juga masih dibenarkan beroperasi melainkan kedai makan manakala penduduk tidak dibenarkan rentas kawasan.
“Seperti arahan PKP fasa awal, hanya ketua keluarga dibenarkan membeli barangan.
“Alhamdulillah, buat masa ini bekalan makanan masih cukup di kawasan kami,” katanya.
Menurutnya, baginya kehidupan dalam tempoh PKPD dianggap normal.
“Bagi kami yang tak amalkan lepak di kedai-kedai makan rasa seperti biasa saja.
“Depa yang selalu lepak di kedai-kedai makan tak tahu la pula macam mana,” katanya.
Katanya, dia juga telah menjalani ujian calitan dan sedang menunggu keputusan.
Rentas7.com
Korang buatla sekatan macam mana pun, aku tetap boleh lalu juga. Mamak Celaka kepala bana punyai pasai! kita pulak kena TEMCO. Apasal tak hantar dia balik India sahaja. Menyusahkan orang.