Presiden Skuad Badar alami gangguan penyakit

SUNGAI PETANI– Presiden Skuad Badar, Azhar Mohamad memohon orang ramai mendoakan kesihatannya supaya dapat kembali ke medan dakwah.

Beliau berkata, dirinya pada pagi semalam diserang penyakit yang menjejaskan tahap kesihatannya selain menjejaskan penglihatannya.

Menurutnya, ketika kejadian hanya dia berseorangan di rumah manakala isteri dan anaknya bekerja.

“Dengan rendah diri saya mohon tuan-tuan dapat mendoakan kesihatan buat diri saya ini yang mana pada pagi tadi saya mengalami gangguan pandangan mata.

Azhar mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Sungai Petani

“Mata saya tidak boleh melihat dengan jelas, kepala jadi pening, tenaga dan tubuh badan jadi lemah serta berjalan terpaksa pegang dinding rumah manakala jantung laju,”katanya dalam satu kenyataan.

Azhar berkata, hasil bantuan sahabatnya yang berjaya dihubungi, dirinya telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik.

“Saya sayangkan anak-anak bangsa dan saya akan terus berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mereka dari terus melakukan perbuatan mungkar,”katanya.

Azhar dalam status di Facebook turut menulis:”Ya Allah, janganlah sakit aku ini menjadi penghalang untuk aku terus berjuang di jalanmu..kuatkanlah aku wahai Allah” katanya.

Azhar merupakan individu yang tegasĀ  mencegah maksiat terutamanya melibatkan remaja Melayu Islam di sekitar Sungai Petani.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.