Ratu Elizabeth II bukan keturunan Rasul

Salisilah palsu yang ditularkan

KUALA LUMPUR -Ratu Elizabeth II tidak ada kena mengena dengan keturunan Rasulullah S.A.W seperti mana ditularkan di media sosial bahkan perkara itu satu pembohongan besar dan menempah tempat ke neraka.

Pencetus Umah (PU) Rahmat Ikhsan tampil menjelaskan isu berkenaan selepas sebuah salisilah palsu berkaitan Nabi Muhammad S.A.W tersebar .

“Zaida atau Isabella yang didakwa di dalam silisilah kononnya cicit kepada Abu Al Qassim bukanlah keturunan Rasulullah.

“Telah tersebar kononnya Queen Elizabeth yang mangkat adalah keturunan Rasulullah sedangkan itu adalah dusta,” katanya.

Menurutnya, silisilah keturunan Rasulullah tidak boleh ditipu kerana setiap tempat atau negara mempunyai penyimpan silisilah yang rasmi atau sah.

“Di Malaysia kita boleh rujuk Sayyid Hafiz Al Idrus @ Abu Ahmad Al Idrus yang menetap di Terengganu,” katanya.

Beliau berkata, jangan mudah mengaku keturunan Rasulullah.

“Menipu atas nama Baginda Nabi Sallahu Alaihi wassalam menempah tempat di dalam Neraka Allah,” katanya.

Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun pada Khamis.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.