“Rakyat Malaysia semakin sayang Muhyiddin”

SUNGAI-PETANI– Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin siang tadi membuktikan kerajaan mengutamakan rakyat berbanding agenda lain.

Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus (gambar) berkata, setiap pemberian kerajaan perlu disyukuri seluruh rakyat Malaysia.

“Keperihatinan pemerintahan Tan Sri Mahyuddin terhadap rakyat amatlah disyukuri. Semoga ALLAH memberkati beliau dan barisan Kabinetnya.

“Pentadbirannya lebih cekap, telus dan prihatin kepada rakyat jika dibandingkan dengan Pakatan Harapan ( PH) yang lebih gemar bermain persepsi buruk,”, katanya dalam satu kenyataan malam ini,”katanya.

Beliau berkata, pengumuman pakej berkenaan nyata melegakan seluruh rakyat yang semakin tertekan dengan pandemik COVID19.

“Teruskan beri kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin memimpin negara, apatah lagi negara kita dilanda wabak.

“PAMM yakin seluruh rakyat Malaysia kini semakin sayang dengan pentadbiran beliau,”katanya.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah RM250 bilion yang mengambil kira semua golongan di negara ini.

Antara pakej diumumkan ialah pemberian RM1,600 sekali beri kepada empat juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 ke bawah.

Kerajaan turut meluluskan pemberian RM1,000 secara sekali beri kepada hampir 1.1juta isi rumah yang berpendatapan lebih RM4,000 hingga RM8,000.

Selain itu, tiga juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan kebawah menerima RM800 sekali beri, pemberian RM500 sekali beri kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan lebih RM2,000 hingga RM4,000.

Bagi pelajar kolej dan universiti pula menerima bantuan RM200 secara sekali beri.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.