Rahsia keris Melayu yang pasti buat ramai…

ALOR SETAR- Selain sebagai senjata yang digunakan orang Melayu terdahulu, keris juga merupakan “kad pengenalan” kepada pemiliknya.

Pengarah Urusan Galeri Warisan Kemelayuan, Muhamad Fazwan Mohd Hanafi berkata, identiti daerah pemakai keris dapat dikenal pasti melalui pelayar senjata itu.

Menurutnya, pelayar atau dikenali sebagai sampan mahupun sampin berbeza mengikut tempat.

“Contohnya keris tanjung, ia masyhur di Patani Darussalam, Kemboja, kerajaan Seganting Kera, Langkasuka dan kerajaan lain di sebelah sana.

“Manakala bagi keris semenanjung pula ada pada masyarakat contohnya di Melaka, Pahang dan Kedah. Pelayar keris membezakan daerah kedatangan pemakainya,” katanya.

Fazwan menerangkan rahsia keris 

Katanya, niat pemakai keris juga dapat dilihat melalui hulu keris yang diselitkan di pinggang.

“Jika si pemakai datang dengan hulu keris keluar, bermakna dia datang dengan niat tidak baik kerana keris dalam keadaan sedia untuk dicabut.

“Jika hulu keris ke dalam, itu bermaksud tiada apa-apa,” katanya.

Tamat

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.