PUTRA sah bertanding PRU15 termasuk Kedah

Datuk Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI– Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) sah akan bertanding di 15 buah Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk 4+ 1 kerusi Parlimen di Kedah.

Ketua Penyelaras PUTRA Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, keputusan itu telah dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan parti.

“Kita akan bertanding di 15 buah DUN serta empat atau lima kerusi Parlimen di Kedah.

“Semua kawasan itu telah ditetapkan. Selain Kedah kita juga akan masuk bertanding di negeri-negeri lain,”katanya hari ini.

Beliau berkata, fokus utama PUTRA ialah mengalahkan Pakatan Harapan (PH) namun dalam masa sama mungkin akan menganggu gugat Perikatan Nasional (PN) sekiranya meletakkan calon yang mempunyai rekod tidak baik.

“Fokus kita jelas, tewaskan PH. Namun PN jangan fikir akan selamat kerana PUTRA akan menentang mereka seandainya mengemukakan calon yang tidak berwibawa untuk rakyat.

“Kami akan hadapi PRU15. Tetapi kami harap dapat menjadi sebahagian daripada rakan PN jika keputusan PRU memihak kami,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.