Piala Dunia Remaja, Malaysia bermula garang

Skuad Malaysia memperoleh kemenangan berharga malam ini

KUALA LUMPUR-Skuad hoki remaja mengumpul tiga mata penuh dalam aksi pertama Piala Dunia Remaja 2021 setelah menewaskan Chile 2-1 dalam Kumpulan A malam ini.

Kemenangan Malaysia di Stadium Kalinga di Bhubaneswar itu hadir apabila Muhammad Kamarulzaman Kamaruddin dan Syarman Mat Tee masing-masing menjaringkan gol pada minit 34 dan minit ke-43 menerusi pukulan sudut penalti.

Juara Remaja Benua Amerika 2021 merapatkan jurang gol pada minit ke-59 menerusi pukulan sudut penalti yang disudahkan Sebastian Wolansky .

Malaysia kini di tangga kedua di belakang naib juara edisi 2016 Belgium manakala Chile dan Afrika Selatan yang belum mempunyai mata berada di kedudukan ketiga dan keempat.

Malaysia akan bertemu Belgium pada Jumaat ini.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.