Persiapan Bangladesh terjejas

Bangladesh terpaksa melupakan khidmat lima pemain utama menjelang pertemuan menentang Indonesia pada 1 Jun ini

KUALA LUMPUR -Persiapan skuad kebangsaan Bangladesh mengharungi kelayakan Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur Jun depan sedikit terjejas selepas lima pemain yang berada dalam perancangan latihan mengalami kecederaan.

Tariq Kazi, Motin Miah, Mashuk Miah Jony dan Sumo Reza terpaksa disisihkan daripada pertemuan menentang Indonesia di Stadium Si Jalak Harupat Bandung pada 1 Jun ini.

Perlawanan yang diadakan dalam kalender FIFA itu sebagai persiapan Bangladesh menguji taktikal sebelum mengharungi aksi kelayakan menentang Turkmenistan, Bahrain dan Malaysia mulai 8 hingga 14 Jun ini.

RENTAS7/Foto : Bangladesh Football Live

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.