KUALA KETIL– Penduduk dalam kariah Tembak meluahkan rasa syukur selepas menerima sumbangan ‘FoodBank’ daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) semalam.
Bantuan itu diagihkan kepada 30 buah keluarga asnaf.
Wakil penduduk, Ilyas Salleh berkata, kesemua penerima dikenal pasti oleh penolong amil kariah.
“Saya mewakili penduduk mengucapkan terima kasih di atas sumbangan diberikan ini. Kami bersyukur terima bantuan ini.
“Dengan bantuan ini dapatlah ringankan belanja dapur kami pada bulan Ramadan, kebanyakan penduduk hanya menoreh getah,”katanya.
Secara keseluruhan, bantuan berkenaan diagihkan kepada 1,980 buah keluarga asnaf dalam daerah Baling membabitkan 66 buah masjid.
RENTAS7
Leave a Reply