Guru Patani syahid dibunuh

Mangsa syahid dikebumikan pada hari ini

PATANI– Seorang guru agama di sini syahid selepas ditembak di dada dan perut dalam kejadian di Kampung Kubang Kiyea Mukim Datuk, Daerah Nongchik pada tengah malam semalam.

Guru Sekolah Yayasan Al-Islamiah Wittaya (Pondok Kubang Buaya) itu dikenali sebagai Ustaz Abdul Muthalib.

Memetik laporan media tempatan, Abdul Muthalib yang juga ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Piyek Pondok Patani ditembak sewaktu melalui pos kawalan keselamatan tentera dengan menunggang motosikal.

Pembunuhan itu berlaku di tengah-tengah rundingan damai di antara Royal Thai Government (RTG) dan kumpulan kemerdekaan Patani.

Allahyarham dikembumikan hari ini dan ratusan penduduk hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepadanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.