ATM patah cubaan 10 Pati masuk Malaysia

10 PATI dari Indonesia gagal memasuki negara ini selepas ditangkap ATM

KUALA LUMPUR– Cuban sembilan wanita dan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke negara ini gagal selepas ditahan di pesisir pantai Teluk Ramunia Bandar Penawar Johor pada 8 Ogos lalu.

Tangkapan dilakukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Op Benteng dalam kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia pada jam 4 pagi.

Markas Devisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan berkata, 10 Pati warga Indonesia itu berusia 22 hingga 41 tahun.

“Anggota Petugas di Pos Pemerhati telah mengesan pergerakan bot yang mencurigakan di kawasan pesisir pantai Teluk Ramunia, Bandar Penawar, Johor.

“Hasil daripada tindakan pantas anggota Petugas telah berjaya menangkap 7 PATI yang baharu saja mendarat,”katanya.

Kenyataan berkata, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 7,358.14 melibatkan wang tunai Matawang Indonesia IDR 1842,300.00 (RM 538.14), 10 buah telefon bimbit pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM 6,820.00 serta barangan kemas.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.