Netizen bimbang kluster baru, tuntut penyokong Najib dihukum

Penyokong Najib yang berhimpun dalam keadaan sesak mengundang rasa bimbang rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR-Ribuan penyokong yang berarak mengiringi Datuk Seri Najib Tun Razak ke Mahkamah Tinggi hari ini dibimbangi boleh mencetuskan kluster terbaru.

Mereka didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila berhimpun dalam keadaan bersesak.

Tinjauan di media sosial, netizen menuntut hukuman terhadap penyokong Najib yang tidak mematuhi SOP.

Jeffery Lah berkata, mereka yang hadir dalam himpunan perarakan itu jelas melanggar SOP.

“Dah terang-terang langgar SOP, yang melawan tu harap abang polis tangkap sahaja,” tulisnya di ruangan komen portal berita.

Pengguna akaun Facebook bernama Siti Rashidah turut menyatakan perkara sama.

“Dah terang-terang salah, langgar SOP, saman sahaja.” katanya.

Ecan Ihsan pula mencadangkan semua penyokong berkenaan didenda dan dikuarantin.

“Kompaun, selepas tu kuarantinkan semua yang datang tu,” katanya.

Saza pula menuntut pihak polis menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

“Kami sabar ikut SOP, tiba-tiba mereka sengaja “melawan”. Orang awam lain dah ada yang kena saman, biar adil,” tulisnya.

Antara komen netizen di media sosial

Bagi pengguna Facebook bernama Farid Lee pula menuntut polis mengemukakan jumlah saman (penyokong) yang telah dikeluarkan kepada awam.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi mensabitkan Najib atas tujuh penyelewengan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM 210 juta.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.