Polis Marin bantu bawa jenazah pesakit COVID-19

Pasukan PPM membantu membawa jenazah pesakit COVID-19 ke Pulau Langkawi

LANGKAWI-Pasukan Polis Marin (PPM) membantu membawa jenazah pesakit COVID-19 ke Pulau Langkawi pada 29 Mulai lalu.

Jenazah wanita warga emas berusia 74 tahun sebelum itu dibedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyyah Alor Setar.

Pemangku Komander PPM Wilayah Satu Batu Uban Pulau Pinang, Supt Shopri Saad berkata, empat anggota PPM dan sebuah bot peronda PPM diatur gerak bagi tujuan berkenaan.

“Sepasukan empat anggota Pasukan Polis Marin Langkawi bersama dua anggota Balai Polis Kuah dan seorang Inspektor Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi telah membantu membawa jenazah berkenaan dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi pada jam 8 malam hari berkenaan,”katanya.

Beliau berkata, sepanjang penugasan dijalankan, setiap anggota yang terlibat memakai PPE lengkap bagi mengambil langkah keselamatan daripada penularan wabak tersebut.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.