Baling bukan eko kuari, Sanusi jamin Gunung Pulai tidak diusik

Sanusi kiri menerima surat bantahan operasi kuari Gunung Pulai daripada wakil penduduk manakala ADUN Bayu, And Nasir Idris (tengah).

BALING – Kerajaan negeri memberi jaminan operasi kuari batu kapur di Gunung Pulai tidak akan dilaksanakan.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri mempunyai beberapa opsyen pembatalan kuari kepada Yayasan Islam Kedah (YIK).

Menurutnya, walaupun YIK telah membuat pengambilan jalan kuari, namun tanah berkenaan menjadi milik kerajaan.

Katanya, antara opsyen yang ada ialah mencadangkan pemindahan operasi kuari ke kawasan lain sama ada dalam atau luar Baling tanpa mengganggu sensitiviti alam sekitar, warisan sejarah serta kawasan pelancongan.

“Ada banyak lagi saya rasa di Baling, Sik dan daerah-daerah di Kedah yang boleh dimajukan.

“Baling ini memang diklaskan sebagai kluster pelancongan bukan kluster pengkuarian,” katanya dalam sidang media di Pejabat Daerah dan Tanah Baling, hari ini.

Untuk rekod pada Mac 2018 sebanyak 29 lot tanah milik lebih 100 penduduk diwartakan bagi pengambilan jalan operasi kuari dan usaha berkenaan diteruskan kerajaan Pakatan Harapan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.