Tentera Thailand bunuh orang awam

Kedua-dua mangsa dihantar ke hospital selepas ditembak

YALA – Dua orang awam ditembak secara melulu oleh anggota tentera Thailand mengakibatkan seorang maut dan seorang lagi parah dalam satu kejadian di sebuah pusat hiburan di sini awal pagi tadi.

Kedua-dua mangsa yang ditembak adalah berbangsa Siam.

Suspek dilaporkan menggunakan senjata AK 47 dalam insiden itu dan merupakan anggota dari kem 49 di Kuala Kawel.

Penyerang yang dalam keadaan mabuk telah ditahan anggota polis.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.