YB Mansor pupuk perpaduan kaum, angkat warisan Melayu

Mansor bergambar bersama anggota persatuan dan pertubuhan yang hadir memberikan sokongan kepada program diadakan

Laporan dan foto: Ilyas Salleh

KUALA KETIL– Persembahan silat menyemarakkan acara Hari Keharmonian Negara dan Warisan Melayu.

Ketangkasan dan kecekapan yang dipersembahkan para pesilat ‘mendiamkan’ ratusan penonton yang hadir di Pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR) Kuala Ketil, semalam.

Mansor kanan menyampaikan hadiah kepada pemenang kanak-kanak

Antara yang dipersembahkan ialah Silat Bunga, Silat Cekak dan Silat Gayung dan Silat Pulut.

Persembahan silat menyerikan lagi program

Peserta cilik daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Tembak turut melakukan persembahan silat.

Ia membuatkan para hadirin kagum dengan keupayaan murid sekolah rendah mempamerkan aksi dalam seni bela diri Melayu itu.

Program bermula sejak jam 9 pagi hingga malam itu menyediakan pelbagai aktiviti iaitu sukaneka kanak-kanak dan remaja, pameran persenjataan Melayu, kesenian tiga kaum, qasidah, sajak kemerdekaan, ceramah Perang Musuh Bisik dan cabutan bertuah.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, program itu merupakan inisiatif dianjurkan PKWR Kuala Ketil.

Orang ramai memenuhi ruang dewan PKWR Kuala Ketil

Menurutnya, ia julung kali diadakan di peringkat DUN di Baling dan seluruh Kedah.

Senjata lama Melayu dipamerkan pada program berkenaan

“Penganjuran ini berasaskan tiga perkara iaitu memupuk keharmonian dan perpaduan antara kaum di Malaysia, menyemarakkan semangat muhibbah dan mengangkat seni dan warisan Melayu di peringkat negeri Kedah, Malaysia dan Nusantara,”katanya kepada RENTAS7.

Beliau berkata, pelbagai persatuan dan pertubuhan di Kedah terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

Mansor memuji sambutan serta penglibatan pelbagai kaum dalam program berkenaan .

Turut hadir Yang Dipertua (YDP) Legasi Kerabat Kedah, YM Dato’ Seri Tunku Mohd Nasir Tunku Ismail, Exco Pertubuhan Adat Resam Budaya dan Salasilah Melayu Kedah, Zamri Abdul Wahab, YDP Pertubuhan Adat Resam Budaya dan Salasilah Melayu Kedah, Mohd Ghozwan Ibrahim, YDP Pertubuhan Warisan Pendekar Kedah, Dato’ Yusrizal Yaakop, Ketua Hubungan Antara Kaum Badan Perhubungan PAS Kedah, Haji Ahmad Tarmizi Samsuddin dan pengumpul senjata Melayu lama, Mohd Tuah Ibrahim.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.