PERKEBA membantu sekadar termampu

Jhangir Khan dari kanan bersama PERKEBA menziarahi seorang pesakit dan menyampaikan sumbangan kepadanya manakala Setiausaha Kehormat PERKEBA, Mohd Nazry dua dari kiri

Laporan : Mohd Nazry Md Bidin, Unit Media Perkeba.

BALING – Pertubuhan Kebajikan Penduduk Daerah Baling, Kedah (PERKEBA) menyantuni golongan pesakit terlantar dan warga emas di sekitar daerah Baling, Kedah.

Menurut Jhangir Khan Hj Kathem Khan, Yang Dipertua Perkeba, Perkeba mengucapkan terima kasih kepada semua penolong amil zakat daerah Baling yang turut memberi kerjasama kepada pihak Perkeba bagi Program Ziarah Prihatin Perkeba bersama Penolong Amil Zakat daerah Baling sepanjang tahun 2021.

Katanya lagi, sepanjang Program ziarah ini, alhamdulillah banyak hal kebajikan yang melibatkan dengan agensi kerajaan terutamanya dengan pihak JKM dapat diselesaikan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Baling, Kedah.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Baling yang turut memberi kerjasama yang terbaik sepanjang berurusan di pejabat ini.

“Insha Allah pihak Perkeba akan membantu setiap aduan dari rakyat di daerah ini yang diterima akan dipanjangkan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, katanya.

RENTAS7/ PERKEBA

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.