Jemaah di tiga masjid ini diminta hadir jalani saringan

ALOR SETAR-Jemaah yang menghadiri solat Jumaat di Masjid Alor Merah, Masjid Suka Menanti dan Masjid Sultanah Bahiyah pada 28 Ogos dan 4 September lalu diminta melakukan ujian saringan COVID-19.

Pengumuman itu dibuat Unit Pendidikan Kesihatan (PKD) Kota Setar hari ini.

PKD berkata, jemaah yang hadir di tiga masjid berkenaan perlu menjalani ujian saringan COVID-19 di ward psikiatrik lama, Alor Setar pada 13 September ini.

Ujian berkenaan akan dilakukan bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh Kota Setar berkuatkuasa 11 September akan berakhir 25 September depan.

Seluruh daerah Kota Setar diperintah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 11 September hingga 25 September depan.

Hari ini Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dilaporkan berkata, seramai 366,787 penduduk di 28 mukim daerah Kota Setar akan menjalani ujian saringan COVID-19.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa bertindak pantas mengesan individu yang mempunyai kontak rapat dengan mereka yang positif COVID-19 bagi mengekang pandamik wabak berbahaya itu.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.