Selepas suami meninggal dunia, ibu pula menyusul…

Nur Shahidatul bersama dua anaknya

BALING – Seorang wanita muda tabah memelihara dua anak masih kecil sekalipun hidup tanpa suami yang meninggal dunia enam tahun lalu.

Nur Shahidatul Nayan,28, dari Kampung Charok Bemban memelihara Muhamad Syahmi Mohamad Sabri dan Muhamad Naqiuddin Afiq Mohamad Sabri berusia lapan dan lima tahun.

Wanita cekal ini juga memelihara ibunya Siti Maryam Ishak.

“Suami meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Kampung Rambong enam tahun lepas.

“Sejak itu saya menyara anak-anak dan ibu dengan mengambil upah bekerjaa di kedai makan,” katanya kepada Rentas7.com.

Namun, Nur sekali lagi diuji apabila ibu kesayangan meninggal dunia pada 27 Jun lalu.

“Ibu sakit kanser rahim. Selama setahun lebih sewaktu hayatnya, saya berhenti kerja bagi menjaganya.

“Dalam tempoh tak bekerja, abang-abang dan kakak-kakak yang dah kahwin banyak bantu saya dari segi kewangan,” katanya yang merupakan anak bongsu daripada 11 beradik.

Kedua-dua anak Nur menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.