Malaysia fokus usaha pengeluaran aset ketenteraan

Datuk Seri Ismail Sabri

KUALA LUMPUR-Kementerian Pertahanan Malaysia dalam usaha menjadikan negara ini sebagai negara pengeluar aset ketenteraan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, kementerian pertahanan komited lahirkan banyak syarikat tempatan yang berjaya mengeluarkan aset ketenteraan tersendiri.

“Kita usaha dan fokus untuk jadikan Malaysia antara negara terulung sebagai pengeluar aset industri ketenteraan.

“Impian saya. Impian untuk Malaysia. Insha Allah, kita menuju ke arah Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar aset ketenteraan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Malaysia ketika ini sudah mengeluarkan peluru sendiri, kereta perisai, meriam besar, membina bot dan kapal.

Pada pertengahan Februari lalu, Mildef International Technologies Sdn Bhd, sebuah syarikat Malaysia memperkenalkan prototaip kenderaan berperisai mobiliti tinggi (HMAV) 4×4 buatan sendiri.

Kenderaan it dihasilkan dengan sokongan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).

Rentas7.com

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.