Amanah “rayu” Tun Dr Mahathir kekal pimpin PH

KUALA LUMPUR– Presiden Amanah, Mohamad Sabu memohon Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri.

Mohamad Sabu berkata, partinya menyatakan sokongan penuh kepada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan untuk terus memimpin Pakatan Harapan.

“Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada Tun untuk melalui kemelut politik yang berlaku ini.

“Kami teguh berdiri bersama PH dan Tun untuk Malaysia yang lebih baik,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Desas desus pembentukan kerajaan baru semakin bertiup kencang dalam kalangan rakyat.

Berdasarkan maklumat diterima, gabungan baru mempunyai perjanjian membentuk kerajaan tanpa Amanah dan DAP.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.