Malaysia belasah Laos 5-0, beri tekanan kepada Vietnam

Malaysia mengaum dengan lima gol di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini

KUALA LUMPUR -Malaysia memberikan amaran kepada Vietnam menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada  Selasa akan datang apabila menang besar malam ini.

Skuad kebangsaan membelasah Laos 5-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada aksi kedua Kumpulan B Piala AFF Mitsubishi Electric Cup 2022.

Malaysia sebelum itu diikat lebih 20 minit tanpa jaringan hingga mengundang keresahan di wajah pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon dan penyokong tanah air.

Skuad negara yang terus mengasak lawan akhirnya dapat meranapkan benteng kebal Laos.

Pemain naturalisasi, Sergio Aguero yang menerima hantaran leret Hakim Hassan tenang menyumbat gol pada minit ke-29.

Faisal Halim memastikan kem tuan rumah selesa dengan dua lagi gol pada  ke-65 dan ke -68 hasil dua tandukan.

Pemain itu menyempurnakan hantaran panjang Safawi Rasid dan hantaran lintang Hakim Hassan untuk membuatkan stadium gegak gempita dengan sorakan padu penyokong.

Gol keempat ditunggu skuad negara hadir apabila pemain muda, Haqimi Azim Rosli merembat kencang gol pada minit ke-77 setelah menerima hantaran lambung Safawi Rasid dalam kotak penalti.

Stuart Wilkin memastikan Malaysia mencipta kemenangan 5-0 menerusi rembatan dari luar kotak penalti setelah menerima hantaran Haqimi Azim.

Loas melakukan dua percubaan yang berbahaya di hujung permainan tetapi gagal menerjah gawang tuan rumah.

Malaysia kini mendahului Kumpulan B dengan enam mata.

RENTAS7/ FOTO: FAM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.