Aksi berat sebelah, Malaysia terima padah tewas 3-0 kepada Vietnam

KUALA LUMPUR -Malaysia kecundang 3-0 pada aksi ketiga Kumpulan B Piala AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 di sebalik aksi berat sebelah tuan rumah Vietnam di Stadium My Dinh Honoi malam ini.

Gol kedua Vietnam dihasilkan menerusi sepakan penalti dihadiahkan pengadil untuk Que Ngoc Hai mencetak nama sebagai penjaring gol minit ke-64.

Keputusan kontroversi itu berlaku ketika tiada mana-mana pemain melakukan kekasaran atau menjatuhkan pihak lawan.

Sebaliknya pemain Malaysia, Muhammad Azam Azmi Murad telah diberikan kad merah selepas dia dirempuh pemain Vietnam.

Rempuhan itu menyebabkan kedua-dua pemain terjatuh hingga terkeluar dari padang sebelum berlaku sedikit sentuhan fizikal diantara mereka.

Hadiah penalti selepas pemain negara didakwa melakukan kekasaran di luar padang telah mencetuskan kemarahan penyokong Harimau Malaya.

Sebelum itu Vietnam yang bermain 10 orang pada minit ke-32 selepas pemainnya menerima dua layangan kad kuning menerima gol pertama pada minit ke-29 hasil tandukan Nguyen Tien Linh.

Gol mudah itu berpunca apabila bola ditanduk pemain Vietnam jatuh ke permukaan padang sebelum melantun dan menerjah gawang Malaysia.

Pada separuh masa pertama Malaysia tidak diberikan sepakan penalti walaupun percubaan Faisal Halim kelihatan terkena tangan pemain lawan dalam kotak penalti.

Tindakan Faisal yang menjelaskan situasi itu kepada pengadil tidak dilayan menyebabkan Malaysia terlepas untuk sekurang-kurangnya menerima sepakan penalti.

Nguyen Hoang Duc yang tidak dikawal mudah melepasi pertahan Malaysia untuk melangkapkan jaringan ketiga pada minit ke-83.

Malaysia mempunyai beberapa peluang menjaringkan gol namun dua percubaan menerusi tandukan dan rembatan Mukhari Ajmal dipatahkan penjaga gol lawan.

Beberapa percubaan lain skuad negara tidak dapat menghasilkan jaringan.

RENTAS7/ FOTO: FAM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.