Lori polis Thailand diserang kumpulan pejuang pembebasan Patani,lima cedera

Keadaan lori logistik berkenaan selepas serangan berlaku

Laporan : Salihudin Patani

 

PATANI-Sebuah lori logistik dinaiki pasukan polis Thailand menjadi sasaran letupan bom oleh kumpulan pejuang pembebasan Patani dalam kejadian semalam.

Insiden yang berlaku di sebuah jalan raya di Kampung Tanjung daerah Yaring jam 2.40 petang waktu tempatan, mengakibatkan lima anggota berpangkat mengalami kecederaan.

Anggota polis peronda sempadan 446 itu dikenali sebagai Leftenan Pricha Khunnan, Lefetenan Vinai Chaichana Songkram, Leftenan Kittipom Morrakot, Leftenan Muhammad Musadi dan Sarjan Anuar Lama.

Lori berkenan dikatakan dalam perjalanan untuk menghantar makanan kepada pasukan polis sempadan.

Ketika tiba di lokasi, kumpulan pejuang pembebasan Patani  yang sudah bersedia lebih awal meletupkan bom diletak pada sebuah motosikal sebelum ia mengenai sasaran.

Kesan berlubang-lubang pada cermin lori juga jelas kelihatan.

Pihak berkuasa sedang giat menyiasat dan memburu kumpulan pejuang yang terlibat dalam serang hendap berkenaan.

 

RENTAS

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.