Lima wakil Asia pulang dari Piala Dunia, nanti Piala Asia 2023

KUALA LUMPUR -Kekalahan Jepun dan Korea Selatan pada Pusingan 16 Piala Dunia 2022 di Qatar menamatkan kempen semua pasukan Asia pada edisi kali ini.

Jepun terikat 1-1 dengan Croatia sebelum tewas 1-3 kepada menerusi penentuan penalti 3-1 manakala Korea Selatan tewas 4-1 kepada Brazil.

Australia yang bermain lebih awal kecundang 2-1 kepada Argentina manakala Iran dan Arab Saudi tidak lepas kelayakan kumpulan.

Begipun, kesemua wakil Asia bakal membuat sekali lagi penampilan pada Piala Asia di Qatar tahun depan.

Berdasarkan aksi kesemua pasukan, lima wakil Asia yang bermain di Piala Dunia tahun ini sukar untuk ditandingi pasukan Asia lain.

Justeru, semua calon pasukan Piala Asia termasuk Malaysia yang akan beraksi di Qatar nanti perlu melakukan persediaan rapi dan serius bagi menyaingi kuasa-kuasa besar tersebut.

RENTAS7/ FIFA World Cup

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.