Kerajaan baharu pro-aktif bila DAP, PH kena sentuh

Abdul Hadi ditemui media petang tadi

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan kerajaan baharu dilihat sangat pro-aktif.

Ia dipercayai bermaksud kerajaan cukup aktif bertindak terhadap mana-mana individu yang berani menyentuh PH dan DAP.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas beliau dipanggil diberikan keterangan kepada polis berhubung satu laporan oleh pimpinan DAP terhadapnya, siang tadi.

“DAP dan PH begitu marah bilamana saya menyebut di dalam PH ada golongan komunis, LGBT dan anti-Islam.

“Saya juga melihat pihak kerajaan begitu pro-aktif bertindak dalam hal ini, maka saya minta supaya pihak PH yang mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti umat Islam juga disiasat segera,”katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyatakan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dan bersedia untuk tindakan selanjutnya.

Abdul Hadi seorang yang tegas dengan pendirian dan dikenali sebagai pemimpin yang bercakap bersandarkan bukti.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Baling, Hassan Saad turut dipanggil pihak polis selepas audio seorang makcik menyebut beliau mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Israel.

RENTAS7 / FOTO: Media Presiden PAS

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.