Lelaki maut langgar pokok tumbang..

Seorang lelaki maut akibat kejadian malam tadi

JITRA– Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas motosikal dinaiki terlanggar pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Muda Kuari, Tunjang malam ini.

Jurucakap bomba Kedah berkata, mangsa yang meninggal dunia berusia 48 tahun manakala lelaki yang cedera berumur 35 tahun.

Menurutnya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan pada jam 8.56 malam.

“Terdapat dua orang mangsa, yang menaiki motosikal telah melanggar sebatang pokok yang telah tumbang melintangi jalan,”katanya.

Menurutnya, sisa – sisa pokok yang tumbang telah pun dialih oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan telah dibawa ke Hospital daerah Jitra manakala mangsa yang meninggal telah diserahkan kepada pihak PDRM.

“Tindakan BBP Jitra telah membuat pemantauan agar kesemua sisa-sisa pokok telah dibersihkan dan tiada kemerbahayaan kepada pengguna lain.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.55 malam tadi,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.