Ular ganggu sekeluarga sedang jamu selera

SIK– Sebuah keluarga sedang menjamu selera lari bertempiaran apabila didatangi seekor ulang tedung selar di Kampung Pinang, semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) SIK, Lt (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, berdasarkan maklumat diterima, ular seberat 10 kilogram itu masuk ke dalam rumah mangsa secara tiba-tiba.

Menurutnya, APM yang menerima aduan pada jam 2.05 petang segera menghantar lima anggota ke lokasi.

Anggota APM menangkap reptilia tersebut

“Ular sepanjang lapan kaki (2.44 meter) itu bagaimanapun masuk ke dalam sebuah bilik dan bersembunyi di celah-celah timbunan baju.

“Selepas lima minit, anggota APM berjaya menangkap dan mengeluarkan haiwan berbisa tersebut,” katanya.

Katanya, ular berkenaan dibawa ke pejabat APM sebelum diserahkan kepada PERHILITAN.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.