Kem latihan pincang, Aiman Arif dipanggil

KUALA LUMPUR-Kem latihan skuad kebangsaan pincang selepas beberapa pemain terpaksa digugurkan.

Situasi ini pastinya merungsingkan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe dalam menyiapkan pasukan bertemu Kemboja pada perlawanan pembukaan Piala AFF Suzuki 2020 menentang Kemboja pada 6 Disember ini.

Bagaimanapun, pemain sayap lincah dan sedang meningkat Arif Aiman (gambar) dipanggil menyertai kem latihan pusat.

Pemain berusia 19 tahun itu dipanggil saat -saat akhir sebelum skuad kebangsaan bertolak ke Singapura esok.

Akram Mahinan dan Kenny Pallraj terpaksa diketepikan akibat kecederaan pangkal paha dan lutut.

Mohamadou Sumareh turut disahkan digugurkan.

Selain Arif Aiman, Cheng Hoe turut memanggil penjaga gol Petaling Jaya City, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi bagi mengantikan Azri Abd Ghani.

RENTAS7/Foto: FAM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.