Kedai di Baling tutup

Kawasan kedai terbabit

BALING– Sebuah kedai runcit di Kampung Pisang di sini ditutup selepas dikunjungi seorang lelaki dipercayai positif COVID-19.

Menurut sumber, kedai berkenaan dikunjungi lelaki India yang menghantar bekalan keropok.

“Lelaki India itu dikatakan datang ke kedai itu dalam keadaan demam sebelum disahkan positif COVID-19.

“Kedai berkenaan telah diarah tutup selama 14 hari bermula hari ini,”katanya hari ini.

Artikel berkaitan:

http://rentas7.com/tiada-keputusan-rasmi-tutup-kedai-di-baling/

Difahamkan pemilik kedai berkenaan telah diarahkan dikurantin di rumah dan dipakaikan gelang bewarna putih.

Lelaki itu telah menjalani ujian calitan dan sedang menunggu keputusan.

Sementara itu, Pejabat Kesihatan Negeri Kedah melaporkan dua kes terbaru COVID-19 dicatatkan hari ini.

Ia melibatkan satu kes di daerah Kuala Muda dan satu kes di daerah Baling.

*Kami kemas kini maklumat dan menukarkan tajuk bagi mengelakkan salah faham masyarakat.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.