Kedah terima 700 bakul makanan

Sanusi menerima sumbangan bakul makanan daripada pihak syarikat

ALOR SETAR-Kedah menerima 700 bakul makanan yang disumbangkan Syarikat Nova Asia Resource Sdn Bhd petang tadi.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, serahan makanan oleh syarikat dari Kuala Lumpur diwakili oleh Datuk Albert Tei.

Menurutnya, beliau mengalu-alukan syarikat lain yang ingin membuat sumbangan untuk datang ke negeri Kedah.

“NGO yang ingin menyumbang perlu melapor di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

“PKOB akan menyediakan kakitangan bagi mengiringi NGO terbabit semasa memberi sumbangan kepada rakyat untuk memastikan SOP sentiasa terjaga,”katanya di Facebook rasminya malam ini.

Jelas Sanusi, PKOB telah dihubunginya supaya memudahkan urusan NGO untuk mengaturkan sumbangan supaya berjalan dengan lancar.

“Semalam, ada orang perseorangan menyumbang 6000 kampit beras yang diuruskan oleh YB Robert Ling Kui Ee (Exco Kedah) untuk diagihkan ke kampung-kampung baharu seluruh Kedah.

“Sumbangan ini diserahkan kepada PKOB dan wakil rakyat untuk diagihkan kepada orang ramai yang memerlukan,”katanya.

RENTAS7/ Foto: Upda

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.