Dengan Laos pun tak lepas

Pemain Laos mudah melepasi kawalan dua pertahanan Malaysia untuk menghadiahkan gol penyamaan

KUALA LUMPUR-Apa nak dikata? Malaysia Bawah 23 tahun (B-23) mulai aksi longlai apabila ‘diganyang’ Laos dalam aksi Kumpulan B Kejuaraan AFF B-23 Kemboja 2022 di Stadium Prince petang tadi.

Skuad negara bagaimanapun dihadapan pada minit ke -46 hasil jaringan A. Selvan.

Masuk minit ke-56 Bounchan Bounkong yang mengelecek dua pertahanan Malaysia merembat kencang untuk gol penyamaan.

Laos mencipta sejarah sekaligus memalukan Malaysia apabila Petdhevanh Somsanid menanduk masuk gol kedua pasukannya pada minit ke-79.

Kekalahan ini bukan sahaja tidak masuk akal, bahkan sukar diterima penyokong skuad negara.

Majoriti peminat menghentam aksi tidak bermaya pasukan negara di media sosial termasuk mengkritik FAM di atas kekalahan tidak dijangka itu.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.