Tiada perjumpaan keluarga sempena Aidiladha

Jabatan Penjara Malaysia

KAJANG– Tiada perjumpaan keluarga bersama penghuni di seluruh penjara Malaysia bagi Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan berkata, semua perjumpaan sempena Aidiladha tahun ini akan ditangguh sebagai usaha mencegah penularan wabak COVID-19.

“Walau bagaimanapun, bagi tujuan penggantian kepada perjumpaan tersebut, Jabatan Penjara membenarkan dan memberikan keutamaan penggunaan sidang video melalui e-mel Jabatan (Icewarp) bermula pada 21 Julai 2021 sehingga 25 Julai 2021 (5 hari).

“Penggunaan kaedah tersebut (Icewarp) hanya dibenarkan kepada keluarga yang
membuat tempahan dan hanya satu panggilan sahaja dibenarkan untuk memberi peluang kepada penghuni yang lain,”kata kenyataan tersebut hari ini.

Jabatan Penjara Malaysia berkata, tempahan boleh dibuat mulai hari ini melalui dua kaedah iaitu panggilan telefon di penjara berkenaan dan E-mel atau surat ke penjara berkenaan.

“Penjara-penjara berkaitan akan menetapkan tarikh perjumpaan dengan tempoh masa bergantung kepada situasi semasa penjara berkenaan.

“Penghuni juga dibenarkan menggunakan kemudahan telefon prabayar yang disediakan untuk menghubungi keluarga sekiranya perlu,”katanya.

Hubungi penjara berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Maklumat berhubung sesebuah penjara boleh didapati di laman web Jabatan Penjara Malaysia: www.prison.gov.my

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.