Buah-buahan bernilai RM22,320 dirampas

PPM sedang melakukan pemeriksaan terhadap buah-buahan dirampas

TAWAU– Buah-buahan bernilai RM22,320.00 untuk diseludup masuk ke perairan negeri ini melalui sebuah bot jongkong dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Polis, Mohd Nazari Ismail, pemeriksaan polis menemui kotak kayu berisi buah jenis mangga, avacado dan buah naga dalam kotak kayu.

Menurutnya, buah-buahan itu dibawa dari negara jiran, Indonesia.

“Jongkong yang dijuragani oleh seorang warga tempatan berusia 26-tahun itu gagal mengemukkan dokumen dan surat kebenaraan dari jabatan pertanian untuk membawa masuk buah-buahan berkenaan.

“Nilai anggaraan rampasan buah-buahan berkenaan berjumlah RM22,320.00,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lelaki beserta bot dan buah-buahan yang dirampas dibawa ke Pangkalan Polis Marin Tawau untuk tindakan selanjut.

Kesalahan dibawah Enakmen Peraturan Kuarantin Tumbuhan (Import dan Eksport) 1981.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.