SUNGAI PETANI – Parti Warisan Malaysia Negeri Kedah menuntut kerajaan negeri Kedah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selaras dengan pembubaran Parlimen.
Pengerusi Perhubungan Awam Parti Warisan Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, Warisan berharap kerajaan negeri bersama-sama membubarkan DUN bagi membolehkan PRU-15 dibuat.
“Jadi kita boleh adakah PRU-15 sekali harung. Tak payah nak susahkan rakyat.
“Jika ia telah diperkenankan oleh YDPA, kita pula sebagai ketua kerajaan negeri, kita pula bawa pula persembahan kita kepada sultan untuk dibubarkan dan sama-samalah kita tunaikan tanggungjawab,”katanya.
Beliau berkata, mengadakan pilihan raya sebanyak dua kali hanya akan merugikan duit negara dan menyusahkan rakyat.
Sementara itu, Pengerusi Parti Warisan Negeri Kedah, Dato’ Fadhil Hanafi berkata, semua pihak akan terbeban jika pilihan raya Parlimen dan DUN tidak dijalankan serentak.
“Sedangkan dalam Islam Nabi Muhammad menerusi sepotong hadis bermasud: “Permudahkan jangan menyusahkan,”.
“Islam sendiri meminta kita memberikan kemudahan, melakukan sesuatu yang boleh dipermudahkan tidak menyusahkan mana-mana pihak.
“Ini mengambarkan bahawa kerajaan negeri dan pihak berkenaan (tidak membubarkan DUN) telah menyusahkan rakyat dan banyak pihak.
“Saya harap apa dilakukan negeri-negeri berkenaan ini dapat memberikan kesedaran kepada rakyat akan tingkah laku kerajaan ini.
“Tindak tanduk tidak membubarkan DUN menunjukkan kesombongan dan keangkuhan,”katanya.
Dalam pada itu, Fadhil menyifatkan kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menyifatkan pihak yang ingin mengadakan PRU-15 sebagai gila.
Menurutnya, sebagai pemimpin besar, beliau tidak sepatutnya berkata demikian sebaliknya menunjukkan sikap dan contoh teladan yang baik kepada rakyat.
Menurutnya, sekalipun Sanusi tidak bersetuju dengan pembubaran Parlimen, pemimpin daripada PAS itu perlu memelihara kata-katanya.
RENTAS7
Leave a Reply