ALOR SETAR-Seorang bekas anggota komando yang hilang sebelah tangan akibat terkena jerangkap samar komunis bukan sekadar menerima pampasan hanya RM2000, bahkan hilang tempat tinggal.
Realiti menimpa wira negara itu dikongsi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tokai, Datuk Dr Mohd Hayati Othman dalam satu kenyataan di Facebooknya.
“Bekas komando ATM kena booby trap dalam peristiwa Gubir dulu dia kata terima pampasan masa lepas tu hanya RM2000.00 sahaja.
“Ada kawan dia yang mati pun ada. Tak arif lah saya kalau putus tangan dan cedera mcm tu belah kanan, pampasan tu berbaloi ka tidak,”tulisnya di Facebook kelmarin.
Beliau berkata, pada ketika itu pelbagai janji diberikan pihak berkenaan tetapi hasilnya tidak seberapa.
“Lani menetap di Melaka tu pun kena hambat dengan sedikit pampasan apabila perumahan mereka dijadikan loji minyak Petronas,”katanya.
Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM) telah menandatangani perjanjian damai yang dinamakan Rundingan Damai Haadyai pada 2 Disember 1989.
Kerajaan Thailand turut menandatangani perjanjian berkenaan yang membawa kepada pembubaran dan peletakan senjata PKM selepas 41 tahun memberontak di Malaysia.
Beberapa persetujuan telah dicapai Kerajaan Malaysia dengan PKM dalam rundingan itu.
Antaranya, Artikel 4 menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas- bekas anggota PKM untuk memulakan hidup baru di Malaysia.
RENTAS7








Leave a Reply