Bukan semua “Rohingya” itu Rohingya, jangan pukul rata!

SIK- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Noor menyeru masyarakat tidak “pukul rata” isu Rohingya.

Menurutnya, masyarakat dinasihati tidak terkeliru antara status etnik Rohingya, Myanmar Muslim dan Myanmar Budha.

Katanya, etnik Rohingya adalah pelarian “genocide” yang tidak miliki pasport dan merupakan pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Malah katanya, ada dalam kalangan pelarian itu tiada sebarang dokumen.

“Nak balik tak boleh kerana mereka sudah tidak ada negara. Mereka semua berharap dapat balik ke Arakan satu hari nanti. Mereka terlalu lemah, perlukan bantuan masyarakat antarabangsa.

“Mereka biadap dan pengotor kerana tak berpendidikan. Mereka buta huruf. Kalau ada yang tahu menulis, mereka belajar ketika dalam pelarian,”katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkata, golongan etnik berkenaan terdapat di seluruh dunia dengan ada dalam kalangan mereka berpendidikan tinggi.

“Ada juga yang terpelajar, lulusan Universiti di Chittagong Bangladesh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM dan Universiti Of Sittwe.

“Ramai juga yang tinggal di Sittwe sebelum 2012 lulus universiti menjadi doktor. Mereka ini beradap macam bangsa lain juga,”katanya.

Menjelaskan lebih terperinci, etnik Rohingya katanya berbeza sama sekali dengan Myanmar Muslim.

“Mereka bukan Rohingya, mereka ada pasport, ada kampung laman di Myanmar. Boleh pergi balik ke negara mereka. Mereka ini yang ramai berniaga di Selayang.

“Mereka datang cari makan. Muka, bahasa, perangai dan adab lebih kurang saja. Kuat makan sireh. Ada permit, ada yang haram, pendatang tanpa izin (PATI),”katanya.

Manakala bagi Myanmar Budha pula katanya, muka mereka sama dengan Myanmar Muslim dan Rohingya.

“Kuat makan sireh, makan babi, pengotoq, biadab, suka pakai rantai emas. Ada permit, ada yang PATI, datang cari makan.

“Suka bergaduh, sanggup membunuh rakan sendiri (ada kes di tempat saya). Kerja macam-macam, ramai kerja di ladang dan sektor pembinaan. Ramai juga berniaga di Selayang,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.