“Dah jadi kerajaan, Gunung Pulai Baling tetap akan diselematkan”

Abd Nasir dari kiri menjawab soalan penonton manakala moderator Fb Live Mohd Zaid Ab Mokti dari kanan

BALING– Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu mengulangi pendirian mempertahankan Gunung Pulai daripada operasi kuari batu kapur.

Abd Nasir Idris berkata, pendirian beliau dan semua pimpinan PAS tetap sama iaitu pastikan Gunung Pulai selamat walaupun kini bukan lagi wakil rakyat pembangkang.

“Jika mahu teruskan memang peliklah. Masa kita jadi pembangkang, saya sebagai wakil rakyat berjuang sehabis-habisan mempertahankan Gunung Pulai.

“Macam-macam peringkat kita lakukan sampaikan Menteri Besar ketika itu turun padang, sampai ke peringkat kita desak operasi kuari di situ dibatalkan. Alih-alih bila jadi kerajaan kita mahu teruskan operasi kuari?,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam FB live bersama Persatuan Pencinta Alam sekitar Baling di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Bayu, hari ini.

Nasir Idris berkata, menjadi harapan beliau untuk melihat Gunung Pulai dan kawasan sekitar dimajukan sebagai kawasan pelancong.

Katanya,untuk merealisasikan hasrat itu pandangan dan idea pelbagai pihak amat dialu-alukan.

Untuk rekod pada Mac 2018 sebanyak 29 lot tanah milik lebih 100 penduduk diwartakan bagi pengambilan jalan operasi kuari dan usaha berkenaan diteruskan kerajaan Pakatan Harapan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.